Dr Mizan Mohammad Aslam

KUALA LUMPUR – Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) disifatkan sebagai satu-satunya malapetaka undang-undang menggunakan Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan bagi membebaskan kumpulan yang disenaraikan pengganas itu.

Tindakan itu seumpama membuka ‘floodgate” kepada 380 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan perancang keganasan pada masa akan datang.

Ia dilihat seperti kepentingan segelintir pengganas lebih utama berbanding 30 juta rakyat Malaysia yang mengharap keselamatan negara didaulatkan.

Lebih 150 daripada tahanan SOSMA yang dikenakan tindakan di bawah Seksyen 130J (1), 130J(2),130JB(1) Kanun Keseksaan, yang mana pemilikan elemen keganasan seperti bahan letupan, peta perancangan, simbol, senjata dan lain-lain akan memiliki peluang sama untuk mencabar semula keputusan kerajaan terdahulu kerana mengikut tafsiran Peguam Negara ia bukan satu kesalahan.

Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam, berkata, keputusan Peguam Negara terhadap tahanan LTTE akan dirujuk sebagai ‘precedent’ atau kes duluan terhadap kumpulan militan ISIS, DAESH, sebagaimana teori domino, tahanan-tahanan akan menuntut saman ke atas kerajaan.

Beliau berpendapat, tahanan SOSMA akan menuntut keadilan, sekali gus menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan kerana terpaksa membayar pelbagai gantirugi kepada mereka sejak tempoh penahanan dikuatkuasakan.

“Kesan seterusnya, jika Peguam Negara enggan memberi keadilan kepada 380 tahanan SOSMA ini, rakyat akan mempertikaikan adakah kerana mereka Melayu beragama Islam seperti arwah Adib, Aishah dan lain-lain tidak wajar diberi hak yang sama seperti bukan beragama Islam?

“Malah rakyat turut mengaitkan adakah tindakan ini pendakwaan terpilih kerana antara tahanan LTTE adalah pemimpin DAP dan ini mengesahkan hipotesis sebelum ini bahawa tindakan Peguam Negara berasaskan kepentingan politik semata-mata bukan kepentingan rakyat atau keselamatan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Mizan menambah, banyak implikasi buruk memberi kesan keputusan Peguam Negara itu, bukan sekadar dalam negara, malah ia akan menjadi rujukan undang-undang kepada semua tahanan kumpulan militan di luar negara.

“Bayangkan jika semua tahanan militan dari kumpulan Jemaah Islamiah, KMM, Al Qaeda, Daesh, ISIS, Abu Sayyaf dan lain-lain lagi menuntut keadilan dan dibebaskan, apa akan jadi kepada negara dan dunia hari ini, adakah hak rakyat untuk rasa selamat turut hilang?

“Tindakan Peguam Negara itu juga menyalahi Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan tentang bidang kuasa Peguam Negara dengan tidak dilakukan secara konsensus atau membelakangi semua pemegang taruh seperti Yang di-Pertuan Agong, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan yang paling penting rakyat.

“Adakah Peguam Negara ada kuasa mutlak untuk bertindak mengikut pandangan sendiri melebihi segala-gala di atas untuk menafikan perundingan secara konsensus itu?,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya, kesan seterusnya tindakan itu berjaya melemahkan semangat Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Angkatan Tentera Malaysia, mahkamah, pendakwa raya dan lain-lain yang bertungkus lumus menyiasat, mengumpul bukti bertahun-tahun dengan pembaziran wang rakyat yang banyak semata-mata atas nama menjaga kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara.

“Ia proses yang amat memenatkan, keputusan pula seperti kebetulan pada hari sama mesyuarat peralihan kuasa seolah-olah memberi signal siapa yang lebih berkuasa?

“Ia kelihatan seperti mencabar semua pihak, adakah untuk kepentingan politik? Sedangkan isu keselamatan tidak harus dipolitikkan.

“Rakyat meluah rasa kecewa, melihat bagaimana politik boleh mencampuri urusan kehakiman dan ini tidak baik untuk negara, malah menyalahi Perlembagaan,” katanya lagi.

Mizan berkata, selama bertahun-tahun ini negara kita masih selamat kerana meletakkan langkah pencegahan seperti SOSMA di hadapan, kini rakyat bimbang dan kebimbangan sebenar berpunca daripada keputusan yang salah pihak berkuasa.

“Pengganas, penjenayah akan melihat Malaysia sebagai “safe heaven” adakah tiada siapa terfikir bagaimana pemimpin LTTE yang diburu pihak berkuasa Sri Lanka boleh datang ke negara ini untuk berlindung?

“Siasatan polis mendapati sejumlah besar wang sehingga jutaan ringgit disumbangkan bagi menghidupkan sokongan terhadap LTTE di negara ini dengan berselindung di sebalik parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti badan kebajikan.

“Bukan mudah usaha polis dan rakyat yang terbabit, akhirnya menjadi pengorbanan yang sia-sia dan satu kerugian besar untuk negara,” katanya.

Katanya lagi, dalam kenyataan terbaru beberapa pemimpin DAP meluahkan rasa gembira dengan keputusan Peguam yang menggugurkan pendakwaan LTTE atas alasan tiada tindakan keganasan dilakukan.

“Walhal tindakan keganasan fizikal berlaku setelah ada keganasan ideologi terlebih dahulu.

“Jenayah keganasan tidak sama dengan jenayah-jenayah yang lain. Tindakan pencegahan yang tegas dan proaktif mesti diambil bagi elak ideologi keganasan daripada tersebar,” katanya.

“Bagaimanapun di sini saya ingin merakam penghargaan kepada PDRM yang siang malam meninggalkan keluarga tercinta , memantau pergerakan anasir anasir pengganas dan mengorbankan masa, kebahagian keluarga demi menjalankan siasatan kerana tangkapan kini sia sia,” ujarnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Tak salah perumpamaan org tua2 dulu , kalu jumpa ular dgn keling hindu kena palu keling hindu dulu lps tu baru palu ular . Babi punya peguam negara yang ada pun.

    • Btul, puak2 dap kafir harbi ni kita hpuskn dlm pru15 nnti, dan lpas tu kita haram kn puak2 anjing ni duk di tanah mlayu ni .puak2 anjing lbh bhya drpd syaitan ni klu di biar trus brada di ngra ini..

  2. Apa pandangan pm dg keputusan kaum atas kaum ini ,begini lah jadi nya bila guna kuasa politik diatas perbuatan jenayah

Comments are closed.