TERKINI : Anwar Rayu “Penyokong Hormati Keputusan Mesyuarat”

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kumpulan tertentu di dalam partinya supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berhubung penetapan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.

Beliau turut merayu agar tidak ada perkara-perkara di luar jangkaan dibuat oleh kumpulan-kumpulan terbabit serta tidak akan membenarkan sebarang bentuk serangan ataupun ancaman berlaku.