Gambar hiasan

SHANGHAI – Wilayah Hubei terus merekodkan jangkitan baru Covid-19 dengan 630 kes semalam.

Jumlah itu meningkat berbanding 366 kes baru pada hari Jumaat.

Dengan angka baru itu, jumlah kes jangkitan di Hubei sahaja mencecah 64.084 orang.

Manakala kes kematian di Hubei pula sebanyak 2,346 orang pada lewat hari semalam, naik 96 orang berbanding hari sebelumnya. – MalaysiaGazette