Hampir 480,000 kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) sejak wabak itu mula menular.- Gambar hiasan.

SEOUL – Jumlah kes jangkitan koronavirus atau Covid-19 meningkat lebih dua kali ganda dalam satu hari di Korea Selatan.

Semalam, sebanyak 229 kes baru telah disahkan sejak hari Jumaat, meningkatkan angka jangkitan kepada 433.

Perdana Menteri, Chung Sye-kyun menyifatkan keadaan tersebut sebagai sebagai “sukar”.

Banyak kes baru dikaitkan dengan hospital dan kumpulan agama berhampiran bandar selatan Daegu, kata pihak berkuasa.

Setakat ini dua pesakit Korea Selatan dilaporkan meninggal dunia dan jumlah itu dikhuatiri meningkat.

Daegu dan Cheongdo – dua lokasi hospital yang diisytihar sebagao zon penjagaan khas.

Beberapa jalan raya di Daegu dilaporkan lengang.

Korea Selatan kini menjadi negara kedua paling ramai dijangkiti wabak itu selepas China yang merekodkan 76,288 kes termasuk 2,345 kematian. – MalaysiaGazette