Lokman Noor Adam slander Syariah Chief Judge Dr Mohd Na’im Mokhtar sexual harassment
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Usaha pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu dipercayai semakin genting kerana penyokong Perdana Menteri,  Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa undi percaya masing-masing ke Istana Negara.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, keadaan sukar apabila difahamkan lapan daripada 18 Ahli Parlimen yang bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menarik diri.

Walaupun Mahathir masih boleh membentuk kerajaan baharu dengan sokongan 115 tetapi Perdana Menteri didakwa masih berdepan dengan tuntutan-tuntutan daripada pemimpin-pemimpin parti.

Dakwa Lokman, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membawa tuntutan tidak mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia dibentuk di Sabah.

Malah, Shafie juga enggan penyertaan semula Tan Sri Musa Aman dalam politik Sabah.

“Bagaimanapun, undi percaya daripada Sarawak belum dapat dipastikan,” katanya.

Lokman berkata, sama ada Pakatan Harapan dibubarkan atau kewujudan kerajaan baharu, semuanya bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Harap rakyat Malaysia berdoa supaya Allah membuka pintu hati Yang di-Pertuan Agong supaya memilih parlimen dibubarkan.

“Dengan pembubaran Parlimen, bukan sahaja Mahathir disingkir tapi semua dalam Pakatan Harapan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.