Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh memanggil Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan kedudukan Peguam Negara, Tommy Thomas sebagai penasihat utama undang-undang negara.

Penganalisis bebas, Shahul Hamid berkata, YDPA bersifat amat prihatin dan mengambil tahun keadaan rakyatnya.

Katanya, kebimbangan YDPA telah beberapa kali ditunjukkan dengan tindakan baginda berhenti dan bertanya keadaan pemandu kereta yqng kemalangan di laluan baginda.

“Kini rakyat bimbang dan berasa tidak selesa serta tidak selamat apabila sekumpulan individu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas yang telah ditangkap dijangka dibebaskan esok.

“Apakah selepas ini pengganas dan pengkhianat dibiarkan sahaja bebas tidak diambil tindakan undang-undang sebagai pencegahan awal?

“Sebagai menghormati prinsip Raja Berperlembagaan, YDPA boleh memanggil Dr Mahathir bagi membincangkan untuk Peguam Negara dipecat dan ditukarkan orang lain.

“Ia amat memalukan negara di saksikan seluruh dunia bagaimana sistem undang-undang boleh dicabuli demi kepentingan politik, bukan kepentingan rakyat jelata,” katanya.

Shahul Hamid

Tambah beliau, jika Peguam Negara sendiri timbulkan kebimbangan awam, kegusaran dan ketakutan rakyat siapakah yang akan atau boleh tangkap dan dakwa Peguam Negara di bawah Kanun Keseksaan 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kebimbangan awam seperti mana FB Ibu Yati dan lain-lain ramai lagi ditangkap dan didakwa?

“Kalau rakyat sudah tidak boleh bergantung harap kepada YDPA dan Majlis Raja-raja, kepada siapa lagi rakyat nak mengadu? Kepada kerajaan PH?

“Kerajaan PH lah yang melantik Peguam Negara ang melantik beliau dan menimbulkan kebimbangan ini.

“Kes Adib belum selesai. Kes menghina Sultan Selangor juga belum ada tindakan .

“Lebih dahsyat Peguam Negara mahu membersihkan LTTE sebagai kumpulan militan, ia tidak boleh dimaafkan rakyat Malaysia, sangat melampau, saya mohon YDPA melucutkan jawatan Tommy beliau tidak layak tidak adil untuk apa-apa kes akan datang,” katanya yang mengulas penamatan serta-merta prosiding ke atas 12 orang tertuduh yang dikaitkan dengan LTTE.

Pengguguran 34 pendakwaan terhadap 12 tertuduh itu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri DAP. – MalaysiaGazette