GEORGE TOWN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes individu yang didakwa memuat naik komen berunsur fitnah, ugutan dan ancaman bunuh terhadapnya di akaun Facebook baru-baru ini.

Katanya beliau bersedia memberi kerjasama kepada polis untuk membantu siasatan.

“Saya difahamkan laporan polis telah dibuat. Tapi daripada pihak saya, belum lagi (buat laporan polis). Saya tunggu maklum balas polis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Ziarah Kasih Rahmah (Zikir) 2020 peringkat zon utara, di sini hari ini.

Semalam, Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) membuat laporan polis terhadap lima individu yang didakwa memuat naik komen berunsur fitnah, ugutan dan ancaman bunuh terhadap Mujahid.- BERNAMA

1 Komen

  1. Isu penjualan aset2 TH masih belum lagi selesai dan orang ramai masih tidak berpuas hati dengan penjelasan, dah divert isu?

    Betul lah kata orang standard cap ayam! Kah..kah..kah..

Comments are closed.