KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid baru sahaja tiba di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Selain Presiden UMNO itu beberapa pemimpin lain dari PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Warisan, Umno, Pas dan Gabungan Parti Sarawak turut kelihatan.

Keadaan di sini terlalu ramai.

Media difahamkan mereka menghadiri majlis makan malam.

Antara yang kelihatan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Chong Sin. – MalaysiaGazette