Pesakit dibawa ke hospital menggunakan alat perlindungan bagi mengelakkan jangkitan. fotO Agensi

SEOUL – Korea Utara merekodkan 161 kes baru koronavirus – menjadikan angka jangkitan di negara ini sebanyak 763 orang.

Daripada jumlah kes baru, sebanyak 115 kes dikaitkan dengan sebuah gereja di Daegu selepas wanita yang dikenali sebagai ‘Pesakit 31’ dikesan positif Covid-19.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak (KCDC) berkata, sebanyak tujuh kematian.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar penularan wabak itu memandangkan ‘Pesakit 31’ tidak pernah ada rekod ke luar negara. – MalaysiaGazette