Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berjalan keluar pada Mesyuarat Perjumpaan Barisan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pas mengadakan perjumpaan tertutup di Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Perjumpaan yang bermula pukul 9 malam itu menyaksikan kehadiran pemimpin seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut menyertai perjumpaan itu adalah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan.

Pihak media yang sebelum itu berada di dalam restoran itu bagaimanapun diarahkan keluar sebelum perjumpaan bermula.

Sejurus berada di luar, pintu restoran ditutup serta-merta dan setiap individu yang masuk akan diperiksa oleh Polis Bantuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. HAIRAN YER….

    MENGAPALAH YANG SUKAR SANGAT UMNO “MERIHATKAN KEAHLIAN” PEMIMPIN2 YANG TERLIBAT DENGAN KES2 MAHKAMAH SEHINGGA MAHKAMAH MEMBEBASKAN MEREKA.

    SEKIRANYA PERKARA TERSEBUT DIAMBIL, ADALAH DIYAKINI KEMELUT POLITIK TANAHAIR SEPERTI YANG DIHADAPI SEKARANG MUDAH UNTUK DILERAI DAN KEWUJUDAN UMNO DAPAT DI TERIMA BAIK OLEH SEMUA PIHAK

Comments are closed.