Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hadir pada Mesyuarat Jawatankausa Kerja Pusat (CEC) DAP di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hanya memberikan reaksi ringkas terhadap pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, pertemuan tersebut diadakan dalam situasi yang sangat emosi.

“We had very emotional meeting (Kita mengadakan perbincangan sangat emosi,” anya ketika ditemui sejurus tiba di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini.

Guan Eng dikatakan bertemu dengan Dr Mahathir di rumah Pengerusi Pakatan Harapan itu di Seri Kembangan pagi tadi.

Bagaimanapun, tidak diketahui berapa lama perjumpaan tersebut diadakan.

Ahli Parlimen Bagan itu tiba di ibu pejabat DAP dengan ditemani isterinya pukul 1. 20 petang.

Beliau dikerumuni petugas media yang sudah berada di situ untuk melaporkan perkembangan terkini berhubung mesyuarat tergempar yang diadakan.

Sementara itu, Guan Eng ketika ditanya mengenai agenda mesyuarat berkenaan beliau bagaimanapun enggan mengulas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.