TERKINI : PKR Pecat Serta Merta ‘Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin’ – Saifuddin Nasution

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini, sebulat suara memecat keahlian Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin.

Keanggotaan kedua pemimpin itu dipecat berkuatkuasa serta merta kerana terlibat dalam perjumpaan dengan pemimpin blok pembangkang di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Beliau berkata, berikutan kejadian yang boleh menyebabkan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) terjejas, Mohamed Azmin, Zuraida dan beberapa pemimpin lain dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Disiplin PKR.