SERI KEMBANGAN – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat meninggalkan kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad jam 12.23 tengahari tadi.

Ia selepas pertemuan empat pemimpin Pakatan Harapan (PH) antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, di sini kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Sejurus Setiausaha Agung DAP itu keluar, Wan Azizah Wan Ismail pula meninggalkan kediaman Dr Mahathir di Seri Kembangan jam 12.23 tengahari melalui pintu A.

Menyusul adalah Anwar Ibrahim dan Mat Sabu.

Sesi perbincangan itu dianggarkan mengambil masa hampir dua jam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast