Arkib Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (enam kiri), Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (enam kanan) dan menteri-menteri kabinet bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 MEI 2018.

KUALA LUMPUR- Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan semua pelantikan menteri-menteri kabinet sejajar dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali berkata, sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran yang merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri serta Setiausaha Politik adalah terhenti berkuatkuasa hari ini.

“Baginda telah berkenan membatalkan pelantikan Menteri-Menteri atas nasihat YAB Perdana Menteri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Petang tadi, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Dr. Mahathir telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 petang.

KSN dalam satu kenyataan lewat petang tadi memaklumkan peletakan jawatan tersebut telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun Baginda melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.- MalaysiaGazette

Dr. Mahathir dilantik PM interim

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast