Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir pada Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. foto AFFAN FAUZI, 23 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – ARMADA Bersatu tidak akan sesekali bekerjasama dengan UMNO dalam membentuk kerajaan baharu yang dianggap sebagai satu pengkhianatan mandat rakyat.

Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman senada dengan pendirian Tun Dr. Mahathir Mohammad yang menolak kerjasama UMNO secara ‘en-bloc’ yang diterajui oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Tidak mungkin kami akan bersekongkol dengan mereka yang telah mencalarkan imej bangsa Melayu dengan merompak dan mengkhianati amanat rakyat sewaktu ditampuk kuasa.

“Ini merupakan satu pengkhianatan kepada mandat rakyat dan prinsip perjuangan Bersatu.

“ARMADA akan terus mempertahankan kebenaran dengan mengangkat suara rakyat sebagai suara keramat,” katanya dalam satu kenyataan selepas bermesyuarat sebentar tadi di ibu pejabat Bersatu di Yayasan Selangor.

Semalam, Dr Mahathir membuat satu keputusan mengejut dengan meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim.

Dr Mahathir juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.

Dalam pada itu, semasa mesyuarat tadi, ARMADA telah mengambil satu ketetapan untuk menyokong Dr Mahathir untuk terus kekal menjadi Perdana Menteri bagi mengetuai pentadbiran negara demi kepentingan dan kemakmuran negara. – MalaysiaGazzete

14 Komen

  1. Dah yg keluar dr PH pehal? PH pun rosak jugak? Kalau PH x rosak, buat apa keluar?

    Madey mati sok, politik korang pun akan berkubur sama insya’Allah…

    Menyusahkan rakyat jer taunya…

  2. Mcm mn kaum melayu tak hancur .. kaum melayu sama melayu pun tak nak menyokong antara satu sama lain .. yg untung DAP .. jgn terlalu bongkak dan ego , ingat2lah demi kepentingan kaum melayu …

  3. Bila kau dah tersepit baru sedar btapa penting nya melayu satakat kau jadi menteri apa yg kau dah buat apa yg anak muda dpt dri kerja kau kebanyak kan cakap tak serupa bikin. Sedar parti kau tu dah keluar dri PH klu atuk x jadi pm ke 8 ni dah terang lagi besuluh kau hilang jawatan dan gaji menteri ,juga pencen menteri.

  4. menteri sampah
    janji semua semua palsu
    peluang pekerjaan la
    pendidikan la
    kebanyak semua jadi janji sampah
    sekarang baru ada akai
    putar belit punya orang
    rakyat naik menyampah dengan kau
    pikir la sikit kenapa semua ni terjadi
    silap hari bulan hilang semua jawatan
    kesiannnnn

  5. Kah kah kah…bodoh punya bekas menteri…ko yg terhegeh2 nak kekal kuasa..Muafakat Nasional plak ko kaitkan..helloooo ko ni sedar diri lah..PH pun ko tak masuk..Muafakat pun tak nak ko..aku rasa baik ko pi bergabung dgn Parti Sosialis Malaysia..kah kah

  6. This guy has to go to school and learn what it ethics and good governance. He might be good at debating in the classroom but definitely he is still raw in understanding people and what good leadership is all about. Don’t think about your political survival, but put the rakyat first. In my observation, UMNO and BN always think and put the needs of the rakyat first. Ever since the fall of BN, Malaysia has been in chaos. To fix all the racial, social and economic matters the rakyat need Muafakat Nasional. It is hope that MN can win big in the next election and take Malaysia in the path of progress and development. May God save Malaysia.

  7. Jgn jadi bodoh sombonglah bdk hingusan .. yg pentingnya skrg ni perpaduan org melayu utk memerintah tanah melayu ni , jgn dah jd menteri kau lupa pula asal usul kau .. perpecahan melayu ni yg untungnya DAP lah bodohhh .

  8. “ARMADA akan terus mempertahankan kebenaran dengan mengangkat suara rakyat sebagai suara keramat,” – Syed Saddiq

    … bila dah tersepit dan huru-hara barulah petik suara rakyat suara keramat tapi sewaktu jadi menteri semua janji palsu dan kena dengar cakap dia… munafik!

  9. Maslahnya PBBM ni lebih pentingkan parti dari nak membentuk kerajaan yg lebih baik… Sebab tulah Tun M keluar dari PBBM.. rakyat nak semua bersatu … Membina kerajaan lebih baik.. bukan kuasa , harta, tembolok ko org semua..

  10. Wahai saddiq.. nak buat statement pun guna otak lah.. ko ingat siapa yg mengundi umno dan pas tu bukan rakyat ke? 42 campur 18 ahli parlimen Umno pas tu bukan rakyat yg pilih ke? Ppbm hanya dapat 12 kerusi je masa pru14.. ppbm bukan pilihan rakyat…sedar lah diri sikit..parti ko minoriti dalam PH.. tapi kerana madey,PH bagi jadi pm..kalau anwar ibrahim kat luar,tak merasa madey nak jadi pm..

  11. armada tak boleh hidup sendiri. penaung mu ppbm yang lari dari ph kerana kejar pm. bila nampak pm dekat dengan tangan semua berebut untok mencapainya. tak sangka pula rupanya menteri pun bodoh.

  12. Bercakap mcm parti dia mng 222 kerusi parlimen ja bdk ni..parti sendri yg buat onar..xmalu kerr?

Comments are closed.