Adly Zahari

KUALA LUMPUR- Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengucapkan selamat tinggal kepada semua pihak dan berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menerajui pentadbiran negeri itu.

Dengan pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meninggalkan Pakatan Harapan, parti gabungan yang ditubuhkan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu secara rasminya sudah kehilangan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Meskipun (hanya diberikan) tempoh yang singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan semua.

“Didoakan supaya semua mendapat rahmat ilahi,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

PH pada asalnya memenangi 15 daripada 28 kerusi DUN Melaka tetapi kini hanya tinggal 13 iaitu DAP (8 kerusi), PKR (3) dan PAN (2).

Namun begitu, masih tiada pengumuman rasmi sama ada Adly digugurkan atau meletak jawatan selepas kerajaan negeri yang diterajui PH tumbang.

Adly yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Katil mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri ke-11 pada 11 Mei 2018.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Itulah pasal.. Jgn tersangat lagak dn angkuh kerika diberi kuasa. Lbh2 lg org2 kuat ko yg ada di kiri kanan depan dn belakang ko yg terlupa dunia dgn lagak dn angkuh dn riaknya bila ada kuasa..spt su sulit politik ko khususnya..
    Rasa la balik bilamana hilang dn diambil s3mula kuasa oleh Sang Pencipta…. Tgu jer la nasib ko dn org2 kuat ko yg sekelip mata(18 bulan) dah jd org2 kaya dn hidup stail org kaya n mewah……
    Balasan Tuhan itu PASTI la bro…..

Comments are closed.