KUALA LUMPUR – Pas menegaskan sekali lagi pihaknya tetap menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk terus menerajui negara sehingga PRU-15 seperti mandat yang diberikan rakyat.
Syaratnya, sekiranya berlaku pembentukan kerajaan baharu, ia mesti dibentuk tanpa penglibatan DAP yang merupakan ancaman kepada keharmonian dan kestabilan negara.
Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan ekstrem DAP yang cukup jelas sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang menggugat keharmonian, kestabilan politik malah cuba bermain api perkauman serta amalan yang bercanggah dengan perlembagaan.
“Pas berharap rakyat bertenang dengan situasi yang berlaku.
“Pas juga memberi sepenuh kepercayaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyelesaikan perkara ini dengan bijaksana,” – MalaysiaGazette