TERKINI : Anwar Ibrahim “Diam dan Mengelak”

Walaupun malam tadi media telah diberikan undangan akan ada sidang media selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini, namun lain pula jadinya.

Rata-rata media yang sudah berkampung di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana seawal 9 pagi tadi untuk mengikuti perkembangan susulan mesyuarat pimpinan PH itu.

Bagaimanapun, agak mengecewakan apabila secara tiba-tiba sahaja, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus pulang sekitar 7.45 malam tadi.

Kedua-duanya mengunci mulut dan berjalan dengan tergesa-gesa, tidak mahu di temuramah pada masa ini.