SHANGHAI – Sebanyak 406 kes jangkitan koronavirus di China semalam.

Suruhanjaya Kesihatan China berkata, angka itu merosot berbanding 508 kes sehari sebelum itu.

Setakat ini, jumkah kes jangkitan wabak itu atau dikenali Covid-19 adalah berjumlah 78,064.

Manakala sehingga semalam, jumlah kematian di China adalah sebanyak 2,715 naik sebanyak 52 orang berbanding hari sebelumnya.

Sementara di wilayah Hubei, sebanyak 401 kes jangkitan dilaporkan pada 25 Februari berbanding 499 kes hari pada sehari sebelumnya. – MalaysiaGazette