Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Pendedahan Datuk A. Kadir Jasin berhubung kemelut politik dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebenarnya membawa implikasi besar.

Kadir adalah Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri.

Tan Sri Annuar Musa berkata, pendedahan berkenaan menyebabkan kewibawaan Bersatu, Pejabat Perdana Menteri, termasuk Tun Dr Mahathir terjejas.

“…kekaburan apa yg berlaku kini sedikit jelas tapi TUN mungkin terpaksa bayar harga yg mahal. Saya tak pasti apa pendirian terkini PH yang kini dikuasai DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ciapnya.

Ini kerana, kata Setiausaha Agung UMNO itu, Kadir mendakwa krisis dalam Bersatu itu sendiri yang menyebabkan Dr Mahathir letak jawatan, hingga membawa keruntuhan Pakatan Harapan secara luar jangka.

Ia melibatkan Setiausaha Politik Dr Mahathir sendiri, kata Annuar lagi.

Jika benar, katanya, ia amat mendukacitakan kerana membabitkan parti-parti lain yang dituduh.

“Kami percaya PMO an Plan mereka!,” kata Annuar. – MalaysiaGazette

Tun M pertahan prinsip tapi PPBM ‘lebih dengar cakap sectpolnya’