Nasarruddin M. Zin

KUALA LUMPUR – UMNO Selangor turut menyuarakan pandangan bahawa membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai jalan terbaik untuk menamatkan persengketaan politik yang berlaku hari ini.

Pandangan itu disuarakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Nasarruddin M. Zin berikutan pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, gagal.

Kata beliau, kegagalan itu disebabkan pembentukan kerajaan bersama parti DAP boleh menggugat keharmonian kaum dan ketidaksenangan umat Islam serta orang Melayu.

“Kita menyambut baik dan menyokong penuh pendirian yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi Muafakat Nasional (MN) dan Barisan Nasional (BN) melalui parti UMNO, Pas, MCA, MIC dan PBRS.

“Kita memohon limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong agar melaksanakan pertimbangan untuk membubarkan Parlimen berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan perpaduan yang dicadangkan Perdana Menteri interim itu tidak bertepatan dengan sistem demokrasi berparlimen yang telah lama diamalkan di negara ini.

Jelasnya, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu melalui Pilihan Raya Umum (PRU) sekiranya Yang di-Pertuan Agong mengesyorkan dan meluluskan pertimbangan tersebut bagi memulihkan keadaan politik negara yang semakin hari kian meruncing. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Bubar parlimen. That will be best solution for all, particularly the rakyat. The rakyat are the ones who elect their leader not the other way round.

Comments are closed.