Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

PUTRAJAYA – Tiada kelibat Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Malah Perdana Menteri Interim itu sudah pun keluar dari pejabatnya di sini pulang ke kediamannya.

Para petugas media yang berkampung di perkarangan Perdana Putra hanya dimaklumkan Mahathir sudah keluar oleh pihak keselamatan kira-kira pukul 6 petang tadi.

Kenderaan Mahathir dikatakan menggunakan pintu berhampiran dengan Masjid Putra.

Wakil-wakil media sebelum itu mahu mendapatkan reaksi lanjut berhubung perutusan khas yang dibuat oleh Mahathir.

Wakil-wakil media tempatan hari ini berkampung lagi untuk hari ketiga Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri interim selepas melepaskannya dan dilantik semula oleh yang Dipertuan Agong Isnin lalu.

Hari ini merupakan hari kedua beliau menjalankan tugasnya kembali dan masuk ke pejabat untuk menjalankan tugasan rasmi.

Terdahulu, Mahathir dikatakan akan menerima kunjungan Mohd. Shafie namun Ketua Menteri Sabah tidak hadir sejak pagi tadi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mahathir bertemu Shafie Apdal esok

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast