Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – INSAN Malaysia menuntut Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf kepada Yang Di-pertuan Agong (YDPA).

Ia ekoran kenyataan perdana menteri interim itu didakwa melangkaui institusi diraja, kata Presiden INSAN Malaysia, Datuk Kamis Al Hakim.

“Mengikuti kenyataan media oleh Mahathir lewat petang tadi, kami INSAN Malaysia merasa amat berdukacita dan kecewa kerana kenyataan Tun telah melangkaui institusi raja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Mahathir dalam kenyataannya berkata, keputusan memilih perdana menteri akan diputuskan oleh parlimen dan telah diputuskan oleh YDPA dalam satu pertemuan dengannya pagi tadi.

“Umum mengetahui kemelut politik yang ketika ini melanda negara sehingga memaksa YDPA campur tangan dan membuat keputusan berdasarkan hemat Agong.

“Seramai 222 anggota Dewan Rakyat yang telah ditemuramah oleh Seri Paduka telah pun selesai namun Seri Paduka masih belum mengumumkan apa-apa keputusan rasmi dari istana,” katanya.

Tindakan Mahathir yang mengeluarkan kenyataan sebelum daripada Mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah suatu tindakan derhaka dan tidak wajar.

“Kami di pihak INSAN Malaysia berdiri teguh di belakang YDP dengan apa sahaja keputusan Seri Paduka,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Agong perkenan Dewan Rakyat tentukan Perdana Menteri ke-8 – Tun M

4 Komen

  1. Harap2nya, taktik Madey ni akan sekali lg memakan dirinya sendiri. Semoga apa yg dia buat ni, menyebabkan YDPA dan majlis Raja2, buat keputusan bubar parlimen.

    Ini org, sama itu org, dua2 ssgt gilakan kuasa…

    Bubar!!!

  2. YDPA, Majlis raja2, untuk lebih dihormati perlulah segera membubarkan parlimen! Tunjukkan kuasa raja2.

    Tiada mana2 pihak yang boleh cabar keputusan ini dimana2 mahkamah!

  3. Dahulu, pihak2 anti Kesultanan Melayu mengata bermacam2, menghina etc etc. Kini tiba sudah masanya Majlis Raja2 & YDPA menggunakan kuasa2 anda berdasarkan perlembagaan negara untuk segera membubarkan parlimen!

    Imej Raja2 Melayu yang digambarkan hanya berfungsi sebagai simbol semata2 perlu segera ditamatkan!

    Inilah masa terbaik untuk membubarkan parlimen!

Comments are closed.