Sistem e-mel Pep Guardiola digodam

LONDON – Seorang suspek lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam jenayah menggodam akaun e-mel Pep Guardiola.

Polis Manchester berkata, siasatan sedang dijalankan tetapi suspek berusia 30 tahun itu dilepaskan selepas disoal siasat.

Akhbar di United Kingdom mendakwa polis telah merujuk seorang kontraktor teknologi maklumat (IT) yang menjelaskan bahawa e-mel berkenaan mengandungi butir nombor telefon pemain dan maklumat pemindahan pemain.

Guardiola dikatakan menjadi sasaran suspek apabila didakwa cuba menjual maklumat rahsia itu dengan nilai 100,000 pound.

Kelab Manchester City telah dimaklumkan mengenai pembongkaran itu sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Jurucakap polis berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan yang dibuat berhubung kait Akta Penyalahgunaan Komputer.

“Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam jenayah itu dibawah Akta Penyalahgunaan Komputer 1990. Dia bagaimanapun dibebaskan selepas disiasat mendalam oleh polis,” katanya.

Dalam pada itu jurucakap Manchester berkata, pihaknya menamatkan khidmat perunding berkenaan dan syarikatnya yang dia dihubungi dua tahun lalu tidak menyedari jenayah serius yang dilakukan suspek.

“Itu berkenaan adalah berkepentingan awam yang kita sasarkan beberapa serangan penjenayah menerusi sistem IT kami sejak beberapa tahun lalu.-MalaysiaGazette