Datuk Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii hari ini mengutus warkah kepada Yang Dipertuan Agong.

Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh itu berkata, beliau sangat teruja dengan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menangani polimik politik yang melanda negara pada masa ini.

Katanya, dengan menggunakan bidang kuasa baginda memanggil setiap Ahli Parlimen bagi menunjukkan sokongan dan cadangan bagi membentuk kerajaan, namun, pandangan yang mengatakan boleh melantik Perdana Menteri dalam kalangan minoriti, ia tidak kuat daripada sudut pandangan undang-undang tubuh kerajaan.

“Polimik kerisauan rakyat jelata selama Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, kebanyakan ianya berkisar kepada pertembungan kepentingan hak orang Melayu. Berkait rapat dengan Perlembagaan Negara Malaysia.

“Ada banyak peristiwa sepanjang PH memerintah bertembung dengan hasrat Perlembagaan. Bermula dengan ADUN DAP yang menggunakan tulisan Mandarin sebagai utusan rasmi kerajaan, diikuti tulisan Tamil oleh menteri DAP, jelas ianya melanggari Perlembagaan Negara, selepas itu ICERD mahu dimeterai oleh PH, yang mana ianya akan memberikan kebebasan hubungan antara Gender dan seks bebas dihalalkan didalam Malaysia.

“Isu Statut Rom, patik dan rakan-rakan menjelajah membantah kerana ianya akan mengheret Institusi Raja ke kancah undang-undang antarabangsa yang tidak adil untuk Raja-raja Melayu. RUU355 dan isu Murtad, Jawi dan lain-lain isu bekenaan dengan kesucian perlembagaan. Ini antara isu yang membangkitkan kemarahan Rakyat jelata,” katanya menerusi warkah itu hari ini.

Mohd Razlan turut menyenaraikan di dalam warkahnya mengenai komposisi pecahan kaum yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ujarnya, sekiranya PH diberikan mandat sekali lagi untuk membentuk kerajaan, perkara asas yang melanggari Perlembagaan akan lebih kronik dan rakyat majoriti tidak akan mendapat keadilan yang saksama dari sudut pentadbiran.

Beliau mendakwa, agama Islam akan disamaratakan dan urusan Melayu Bumiputera akan terus terabai seperti di Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat dan lain-lain yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat majoriti dan keistimewaan Bumiputera.

“Jesteru itu tuanku, patik memohon budibicara tuanku dan pertimbangan tuanku untuk menggunakan data ini didalam membuat keputusan.

“Patik juga memohon agar mandat rakyat dipulangkan semula, beri laluan kepada Pilihanraya.

“Negara melalui stock market telah kehilangan RM42 bilion dalam masa satu hari kerajaan jatuh, ianya tidak boleh dibandingkan dengan RM400 Juta kos pilihanraya umum, terlalu jauh sekira dibandingkan,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kalau ikut bro banyak lagi perkara jalang yg depa buat ph ni ..tp yg lain2 kita simpan , kita buka dalam ceramah umum jika parlimen bubar walaupun boleh dikata seluruh rakyat malaysia tahu cerita2 ini ..BUBAR PARLIMEN

Comments are closed.