TERKINI : Saya Pun Tidak Tahu Apa Yang Berlaku – Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof meminta semua pihak bersabar dengan perkembangan situasi politik negara ketika ini.

Beliau berkata, Parlimen akan sentiasa memaklumkan informasi terkini jika mendapat maklumat jelas dalam masa terdekat ini. Namun jelas beliau, Persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 9 Mac ini tidak terganggu dan bakal berjalan seperti biasa.

“Nantilah saya pun tidak tahu apa yang berlaku. Sabar sikit dan dalam masa terdekat ia akan jadi jelas dan jika saya ada maklumat, perjalanan Parlimen akan beritahu.

“Tetapi dari segi prosedur dan persediaan seperti biasa,” katanya. Beliu ditemui media selepas menyempurnakan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin di Kamar Khas di Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kedudukan kerusi Ahli Dewan Rakyat jika Parlimen tidak dibubarkan. – MalaysiaGazette