Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menghormati kedaulatan undang-undang.

Katanya, Dr Mahathir tidak sepatutnya mengakhiri legasi beliau sebagai Perdana Menteri dengan mengkhianati rakyat selepas memenangi hati mereka.

“Tolong Tun, jangan mengkhianati kami dan negara. Anda fikir apa yang anda lakukan adalah yang terbaik untuk negara tetapi sebenarnya tidak,” katanya menerusi Twitter.

Tetapi dalam ciapannya terdahulunya, Khalid berkata, biar Pakatan Harapan ‘mengakhiri’ apa yang telah ‘dimulakan’ oleh Dr Mahathir.

“Biar kami meneruskan mandat 2018 untuk PH untuk mentadbir dan membersihkan pentadbiran daripada segala bentuk rasuah bagi menjadikan Malaysia hebat semula. Fikirkan cucu-cucu kamu.

“Tolong Tun, serahkan kehendak rakyat. Sudah masa untuk melepaskannya,” tambahnya.

Semalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendapat tidak wajar Dr. Mahathir mendahului titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pembentukan kerajaan baru.

Lantaran itu, PH menyifatkan pengumuman Perdana Menteri Interim (sementara) memanggil sidang Parlimen untuk memilih Perdana Menteri adalah mencabar hak dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Majlis Presiden PH berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik seseorang Perdana Menteri terletak di tangan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, seperti yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

12 Komen

  1. Tun ini adalah orang yang susah dibawa berunding/kompromi. Biasanya pendirian Tun adalah ” My way or no way or you take the highway”. May God save Malaysia.

  2. Kelakar lh ko ni pan, utk kebaikan ngra n dan ank cucu ya..tahi anjing utk kebaikan , ko n puak2 anjing ko lh yg merosakkn ngra ini sbnar nya..mmg puak2 ko ni anjing tahu..smpai hncur ngra di buat nya..lpas tu lpas tngn ckp org lain yg rosakkn pula..mmg ko tak lyk lh memimpin kami rakyat …kmi rakyat sudah tidak mau lg ko ph..pi mmpus lh ko ph…

  3. Aik ni bro khalid ke bro khabelit? Tu hari ngalahkan pariah kutuk mahathir tup…..tup siap melutut.. Apa keessssss… cari makan yeerr

  4. Baru hang tau kena game dgn atok macamana… Sampai merayu lagi atok suka game parti suruhan Dap tu… pPADAN MUKA KAMU PH

Comments are closed.