Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau bersyukur dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,” katanya ketika keluar daripada kediaman Muhyiddin.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin pula berkata, beliau turut bersyukur bahawa kerja keras selama seminggu membuahkan hasil.

“Alhamdulillah. Kerja keras kita selama seminggu berjaya angkat TSMY sebagai PM,” katanya lagi.

Azmin dan Zuraida yang mengunjungi kediaman Muhyiddin meninggalkan kediaman itu sejurus diumumkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.