Datuk Seri Anwar Ibrahim. foto AFFAN FAUZI, 24 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – “Itu keputusan Pakatan Harapan,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Pakatan Harapan (PH) yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Anwar meninggalkan kediamannya di Segambut pada jam 11.40 pagi bersama isteri beliau yang juga Presiden PH dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beberapa pemimpin gabungan tersebut termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution,  Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertemu Tun Dr. mahathir Mohamad awal pagi tadi.

Pakatan Harapan hari ini membuat keputusan mengejutkan apabila menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya, gabungan parti itu memaklumkan, ia berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan Pakatan Harapan dalam kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Rakyat sedang dipermainkan oleh pemimpin parti politik..bubar sahaja parlimen biar rakyat yang “menghukum” pemain pemain drama politik ini.

  2. Abng Non, tidak dengar cakap Bini, dah lama kak Wan dan Izaah kenal perangai Tun tidak boleh dipercayai. Kesian Abng Non melopong lagi jadi PM, lebih baik PKR ikut masuk Perikatan Nasional tinggalkan DAP & PAN, confirm Abang Non dapat jadi PM.

  3. Harap YDPA nampak, betapa pemimpin2 7,8 ekor ni, main game dgn amanat rakyat. Kalau x nampak jugak, x tau nak kater.
    Smlm lain, hr ni lain, besok tukar lagi. Apa jaminan xkan berlaku mcm ni 2,3 bulan akan datang?

    Org2 yg sama juga. Tanyakanlah kpd TDM, knp nak jadi PM8. Mandat dah dapat sebagai PM7, kenapa resign?

    Semoga YDPA diberi taufiq dan hidayah utk nampak permainan mereka semua, aamiin…

Comments are closed.