Anna Popova

MOSCOW – Rusia menyeru rakyat negara ini untuk tidak mengembara di luar negara susulan kebimbangan peningkatan jumlah kes koronavirus di peringkat antarabangsa.

Anna Popova, Ketua Pemerhati Kesihatan Pengguna Rusia memberitahu, Russia harus mengelak daripada terkena serangan virus itu.

“Untuk menganggap diri anda dilindungi hari ini, pertama sekali perjalanan yang tidak penting di luar negara perlu dikurangkan

“Sekarang adalah masa yang anda tidak sepatutnya meninggalkan Rusia,” kata Popova.

Walaupun berkongsi salah satu sempadan terpanjang di dunia dengan China, jumlah kes jangkitan adalah sedikit.

Seramai tiga warga Rusia menerima rawatan selepas dijangkiti semasa dalam kapal persiaran di Jepun.

Manakala dua rakyat China menerima rawatan di Rusia tetapi sudah pulih.

Rusia juga telah kuarantin beratus-ratus orang untuk mengelak penularan wabak dan pihak berkuasa Moscow sedang melakukan serbuan ke atas pembawa virus yang berpotensi serta menggunakan teknologi pengenalan wajah untuk menguatkuasakan langkah kuarantin. – MalaysiaGazette