Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. foto FAREEZ FADZIL, 01 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azmumu mengesahkan kerajaan negeri Perak akan dikekalkan di bawah pentadbiran Bersatu.

Katanya beliau telah mendapat sokongan yang mencukupi untuk kekal sebagai Menteri Besar Perak.

“Saya nak balik nak mengadap Sultan Perak. Dah kot (tubuh kerajaan dengan BN),” katanya ringkas kepada media selepas menziarahi kediaman peribadi Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Faizal menjawab pertanyaan media mengenai kedudukan kerajaan negeri pimpinannya setelah kerajaan pusat yang baharu dibentuk di bawah pimpinan Muhyiddin hari ini.

Bagaimanapun, sebarang kerjasama akan dibawa ke meja rundingan antara Bersatu, Pas dan UMNO.

“Saya akan bincang (bentuk kerajaan baru dengan Pas, UMNO dan Bersatu), saya akan umumkan. Doakanlah saya kekal,” katanya lagi.

Selasa lalu, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri Perak masih berfungsi seperti biasa dan beliau masih menjalankan tugasnya di sebalik perkembangan politik negara pada masa ini. -MalaysiaGazette