Gambar hiasan

WANGSHINTON – Ketua Pengarah Pembedahan Amerika Syarikat (AS) menggesa orang ramai untuk berhenti daripada membeli topeng muka.

Menurut Jerome M. Adams, pemakaian topeng muka tidak efektif dalam menghalang orang ramai daripada dijangkiti koronavirus.

“Cara terbaik untuk melindungi anda dan masyarakat adalah dengan melakukan langkah-langkah pencegahan seperti duduk di rumah jika sakit dan kerap membasuh tangan dengan sabun dan air.

“Ia membantu memperlahankan proses penyebaran virus tersebut,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Hari ini, jabatan kesihatan mengumumkan seorang ahli politik Washington yang berusia 50-an menjadi korban pertama Covid-19 di Amerika Syarikat.

Serentak itu, pentadbiran Donald Trump mengambil langkah segera untuk meningkatkan usaha mengekang penyebaran virus berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast