KUALA LUMPUR- Tatkala digelar Wanita Terkuat selepas bersetuju untuk kembali semula ke kerusi juri Indonesian Idol, tangisan Bunga Citra Lestasi akhirnya tumpah di saat penyanyi Judika mendendangkan lagu baharunya, Tak Mungkin Bersama di penghujung program tersebut.

Terpaksa ditenangkan penyanyi Ari Lasso

Bunga yang kelihatan sebak sejak awal lagu itu berkumandang akhirnya tidak lagi malu menumpahkan seluruh perasaannya sehingga terpaksa ditenangkan oleh sahabat baiknya, Ari Lasso yang turut berada di kerusi juri.

Tangisan penyanyi cantik yang baharu sahaja kehilangan suami, Allahyarham Ashraf Sinclair kira-kira dua minggu lalu itu meruntun hati setiap yang melihat aksinya.

Rakaman video persembahan Judika itu kini tular di media-media sosial.

Sebelum itu, Bunga yang anggun mengenakan gaun berwana hitam mendapat standing ovation daripada para penonton apabila kembali semula ke kerusi juri dalam acara Result and Reunion Show Indonesian Idol X pada malam tadi.- MalaysiaGazette