KUALA LUMPUR – Keadilan Negeri Selangor melahirkan rasa syukur atas komitmen pimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi memenuhi mandat rakyat pada PRU14 lalu.
Menurut pengerusinya, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika rakyat diselubungi kekeliruan dan ketidaktentuan, pimpinan PH Selangor memegang teguh tali persefahaman demi kepentingan mengangkat martabat rakyat Selangor.
Sehubungan itu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Selangor menyeru semua anggotanya bagi mengukuhkan tekad dan membulatkan muafakat untuk memenuhi mandat rakyat Selangor.
“Keadilan selaku tonggak PH di Selangor terus teguh bersama demi melaksana amanah yang diberikan rakyat.
“Saya di samping 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada PKR memberi sepenuh sokongan untuk mengukuhkan tekad bekerjasama dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Amirudin juga berkata, Keadilan Selangor turut berikrar untuk terus setia dengan idealisme perjuangan parti itu di bawah pimpinan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Keadilan Selangor mengulangi janji untuk terus setia dan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam PH Selangor iaitu DAP dan Amanah.
“Kami akan terus bekerja kuat bagi memakmur dan mensejahterakan rakyat Selangor.
“PH Selangor tidak akan mensia-siakan kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh rakyat Selangor,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Sudah la Pakatan Harapan penipu…air percuma dulu pon tipu…
Ada sapa kisah dah habis satu badan hanching masih pecaya dgn dap.kau cari vedio ceramah dap dan lihat serta dengar apa kata mer^ka tentang melay dan islam.