Parti Pribumi Bersatu Malaysia

KUALA LUMPUR – Akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Shah Alam mendesak kepimpinan tertinggi parti itu mengambil langkah segera menyelesaikan kemelut yang melanda.

Ketua Bahagian Bersatu Shah Alam, Mohd Hamidi Abu Bakar juga memohon supaya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan tidak dipinggirkan dalam semua urusan negara serta parti malah dihormati sebagai negarawan ulung.

“Harapan keseluruhan ahli akar umbi Bersatu Bahagian Shah Alam agar kita fokus kepada pemerkasaan dan meneruskan halatuju perjuangan parti, dan tidak berpuak-puak bagi mengelakkan sebarang perpecahan.

“Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang perpecahan di peringkat kepimpinan parti dan menggesa untuk semua pihak supaya duduk berbincang selaras dengan roh perjuangan Parti Bersatu yang kita junjung tinggi sejak ditubuhkan,” kata dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Hamidi berkata, adalah hasrat dan harapan akar umb suara mereka didengar oleh barisan pemimpin parti itu demi bangsa, agama dan agenda membangunkan semula negara.

*Diharap Presiden dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi memberi perhatian kepada suara ahli akar umbi supaya kita terus bersatu demi Bersatu,” katanya.

Artikel berkaitan: Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Bersatu

Artikel berkaitan: Bersatu keluar Pakatan Harapan

Artikel berkaitan: Tun M kecewa tindakan Bersatu keluar PH – Khalid

Dr Mahathir meletakkan jawatan pengerusi Bersatu pada 24 Februari lalu selepas melepaskan jawatan perdana menteri pada hari yang sama.

Tindakan itu menyebabkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan membawa keluar Bersatu dari Pakatan Harapan sehingga menyebabkan kerajaan PH runtuh.

Dua hari selepas itu, Dr Mahathir mengumumkan untuk kembali menjadi pengerusi Bersatu berikutan keputusan parti itu menolak peletakan jawatannya.

Artikel berkaitan: Dr M kembali sebagai Pengerusi Bersatu

Krisis politik itu akhirnya membawa kepada pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri berikutan sokongan majoriti yang diperolehinya.  – MalaysiaGazette

 

4 Komen

  1. Saya mahu sahabat2 dalam pkr, amanah & bersatu kena faham betul2 bahwa tertubuhnya parti ini, disampingkan kerana Allah swt & meneruskan perjuanagan Rasullullah saw, kita juga mahu melawan pemimpin umno yg rasuah khianat & zalim

    Jadi apabila pengkhianat-pengkhianat parti sendiri sebantal dgn pemimpin umno.

    “mana asas perjuangan kita? ”

    Dimasa yg sama pas senntiasa menjual agama, juga semata-mata nak dapat kan kuasa

  2. Berhati2 apabila berkata2…jgn sampai air ludah tertimpa muka sendiri..masih lagi rindu dengan Dap ker…silap2 nanti jadi pengkhianat bangsa dan agama…dlm umno ada seagama dan sebangsa…bukan semua yg bersalah dan yg dikatakan bersalah pun belum dijatuh hukum bersalah…jgn rasa diri terlalu ego bila merasakan bersatu menerajui kepimpinan tertinggi yakni PM…jgn lupa itupun juga sokongan datang dari bukan gabungan ph yg lama….bersyukurlah…

Comments are closed.