David De Gea

LONDON – Penjaga gol Manchester United,David De Gea sepatutnya tidak kembali melakukan kesilapan mudah seperti yang berlaku baru-baru ini.

Lagenda Red Devils, Peter Schmeichel berpendapat penjaga gol utama Sepanyol itu kehilangan banyak Fokus.

De Gea telah menyertai United sejak tahun 2011 selepas berhijrah dari Atletico Madrid.

Gara-gara aksi luar biasanya, dia pantas mendapat tempat di skuad utama United walaupun ketika itu dia masih muda.

Kedudukan untuk menjaga gawang utama Manchester United masih berada di tangan De Gea sehingga sekarang.

Namun sejak akhir-akhir ini, pemain berusia 29 tahun itu mendapat perhatian tajam selepas siri kesilapan yang dilakukannya di dalam padang.

Yang terbaru, dia telah membuat kesilapan ketika Manchester United bertemu Everton dalam perlawanan Liga Perdana hujung minggu lalu selepas tendangannya di hadang Dominic Calvert-Lewin pada minit ke-3.

Prestasi yang ditunjukkan oleh De Gea juga membuat Schmeichel berminat untuk memberi ulasan.

Dari penglihatannya, penyebab kesilapan yang sering dilakukannya adalah kurang tumpuan.

“Ini adalah kekurangan tumpuan. Bagi pasukan teratas, cara untuk memenangi kejuaraan adalah dengan tidak memberi apa-apa dengan mudah dan tidak melakukannya.

“Dalam tujuh perlawanan, tujuh kesilapan telah menyebabkan kehilangan mata itu terlalu banyak. Untuk kelab teratas,itu sesuatu yang harus dikeluarkan daripada De Gea dengan segera.

Sebelum ini, De Gea sering dikaitkan dengan Real Madrid. – MalaysiaGazette