A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu kerana beliau telah dikhianati dan diderhakai oleh orang yang dipercayainya.

Penasihat Media Pakatan Harapan (PH), Datuk A. Kadir Jasin ketika mendedahkan perkara itu berkata, Dr. Mahathir turut dihampakan oleh beberapa watak UMNO yang lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sehubungan itu, tegas beliau, sekiranya watak terbabit termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri kelapan) menyatakan tidak mengkhianati Dr. Mahathir, ia hanyalah simantik, iaitu antara yang tersurat dengan tersirat.

“Saya menyatakan, sekali lagi Dr. Mahathir telah dikhianati dan diderhakai oleh orang-orang yang dipercayainya.

“Inilah apa yang boleh saya simpulkan hasil daripada apa yang saya sendiri lihat dan apa yang saya dengar daripada Dr. Mahathir.

“Amat jelas sekali daripada asakan dan penderhakaan pada 23 Februari itu bahawa konspirasi keluar PH dan bergabung dengan UMNO itu sudah dirancang dengan teliti untuk satu jangka masa yang panjang melibatkan watak-watak dalam Bersatu (PPBM), UMNO, PKR dan Pas,” katanya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Beliau turut menamakan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai watak dalam UMNO yang menderhaka kepada Dr. Mahathir dan seolah-olah ada usaha untuk mengambil alih PPBM.

Bagi menguatkan tekaan itu, A. Kadir memberitahu, hal itu berlaku di Johor Bahru apabila Menteri Besar yang baharu dilantik adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, bukan dari PPBM sebagaimana sebelum ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan hal yang sama berlaku di negeri lain.

Menulis lebih lanjut, A. Kadir berkata, majoriti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM yang bersidang 23 Februari lalu seperti dirasuk syaitan kerana mengasak Dr. Mahathir supaya bersetuju dengan mereka untuk menarik parti itu keluar dari PH menyertai UMNO dan Pas.

“Bekas Setiausaha Politik Dr. Mahathir, Zahid Mat Arip sampai menghentak meja dan berkata buat kali pertama dia menyokong Muhyiddin. Yang saya tahu dia sebelum ini sangat benci kepada Muhyiddin.

“Turut menyokong dengan lantang sampai tidak sedikit pun mempedulikan rayuan Dr Mahathir, ada ahli MPT yang diketahui bercita-cita tinggi seperti Rafiq, Redzuan dan Wan Saiful.

“Yang bercakap mempertahankan Dr. Mahathir adalah minoriti dan terdiri daripada ahli MPT yang tidak bercita-cita politik,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, ada juga yang hipokrit dan tikam belakang, iaitu di depan Dr. Mahathir sokong, tapi sebenarnya mengkhianati beliau.

“Dalam hal ini, saya secara peribadi amat kecewa dengan mainan Ahmad Faizal aka Peja,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Atok udah udah le tu, asyik politik je, bila Malaysia nk maju…. rakyat’dh bosan lg nk muntah dgn politik ni, seWajibnya atok lebih arif dlm “perlembagaan” lg pun xkan Atok nk murka terhadap Agong….gi Masjid sembahyang taubat lg berfaedah…. maaf kironya terasa

  2. Jangan pikir lu punya kecewa aja bro. Orang lain tu ada limit bro, tau bila nak ikut, respect or voiced out their opinions. Lu mana ada opinion sendiri … Lu sudah buang lu punya perasaan sama maruah. Lu sudah kasi gadai bro.

  3. Wartawan pencen ni sudah tak relevan lagi dalam suasana politik semasa dan anak2 muda zaman sekarang!

    Sendiri tumbangkan kerajaan sendiri mahu disalahkan UMNO! Sudah2 la tu, zaman anda sudah berakhir!

  4. Kerja kau penasihat media ph jadi nasihat lah ph tu bkan nak salah kan org lain klu kau nak salah kan org lain baik kau jadi mahkhamah keran mahkhamah je yg bleh menyalah kan atau sabit kan kesalahan sesaorng dgn bukti dan saksi yg kuat….tak perlu cakap dan lagak mcam tin kosong.terima hakikat jgan lawan kuasa tuhan.

  5. Bukan pengkhianat tapi penyelamat….ituari dlm ph pun masing2 berubah2 nak sokong sape jadi pm…dari asal memujuk mendesak menghina mencaci bagai suruh tun letak jawatan nak bagi Anwar..tapi bila akhir2 dah gelabah pakat Uturn sokong tun balik…nmpak sangat diperkudakan org tua tu…betullah masa pru dulu dap ada ckp nk perginakan tun demi agenda mereka….akhirnya puak2 yg dikatakan pengkhianat inilah yg jadi penyelamat…nak harap kan si Kadir Jasin….buat ikan masin pandailaaah…gelama jeruk pun sedap jugaaaak…ha,ha,ha….

  6. Letak jawatan.. Bermakna dah tak mahu. Jangan dok sebok nak semula. Orang lain kena ambil kalau tak mau…bukan bagi semula pada yg tak mau. Budak tadika pon paham tau

Comments are closed.