Asap tebal kelihatan dari loji kimia Lotte Chemical yang meletup. foto Agensi

SEOUL – Loji kimia milik syarikat Lotte Chemical meletup di bandar Seosan menyebabkan lebih 20 orang cedera.

Agensi berita Yonhap berkata, letupan di loji gas itu berlaku pada jam 3 pagi waktu tempatan (1800 GMT) berjaya di kawal.

Punca letupan dan kerosakan yang terlibat masih disiasat.

Lotte Chemical memiliki dua loji gas di Korea Selatan – satu di Daesan di Seosan yang menghasilkan 1.1 juta tan ethylene setahun manakala sebuah lagi beroperasi di barat daya Yeosu.

Setakat ini tidak dipastikan sama ada loji berkenaan akan menggantung operasinya akibat letupan tersebut. – MalaysiaGazette