Safawi membuat kejutan pada majlis hari jadi Syifa Melvin pada Januari lalu.

KUALA LUMPUR – Pelakon Syifa Melvin yang dikaitkan sebagai punca kepada kemerosotan prestasi pemain senasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tampil menafikan dakawan

Jelas pelakon drama #SisCuba ini, tuduhan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadapnya adalah tidak berasas dan dia bukan penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi kompetatif skuad Harimau Selatan setakat ini.

Kata Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu lagi, dia tidak pernah memberi tekanan kepada pemain kebangsaan yang memiliki kehebatan kaki kiri itu untuk berkahwin hingga menyebabkan Safawi hilang fokus.

“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil,” kata adik kepada Syatilla Melvin itu di laman story Instagramnya.

Bagaimanapun, melalui semakan kali kedua, pelakon berkenaan difahamkan sudah memadamkan entri berkenaan.

Sebelum ini, hubungan kedua-dua merpati sejoli ini tidak perlu dirahsiakan lagi apabila Syifa pernah beberapa kali meluahkan tentang hubungan cintanya bersama pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Malah, terbaru pada Januari lalu ketika menyambut hari kelahiran Syifa, pemain JDT itu dikatakan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu selain membawa penyanyi kesukaan adik ipar Shaheizy Sam iaitu Haqiem Rusli.

Tindakan Safawi itu menguatkan lagi spekulasi bahawa pasangan itu kemungkinan bakal melangkah ke fasa lebih serius selepas ini.

Bagaimanapun, aksi merudum Safawi ketika ini nyata tidak disenangi oleh Tunku Ismail yang mendakwa pemain kebangsaan itu tertekan kerana dipaksa berkahwin dengan Syafi.

Malah, Tunku Ismail turut mendedahkan pelakon berkenaan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak. – MalaysiaGazete