TERKINI : Covid-19 Kini Memasuki 50 Kes – Ketua Pengarah Kesihatan

Sebanyak 14 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan berlaku sehingga tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes jangkitan oleh kes 26 iaitu salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Berhad (UDA).