TERKINI : Rasa Macam “NOSTALGIA” 2018 – Marina Mahathir

Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir merasakan langkah pihak polis yang mahu mengambil keterangannya hari ini sebagai mengimbas nostalgia yang pernah berlaku pada 2018.

Tanpa menjelaskan maksudnya, Marina yang merupakan anak perempuan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu.

“Nostalgia macam dulu sebelum 2018. Saya beri kerjasama penuh kepada mereka (polis). Mereka panggil saya datang,” katanya ringkas ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

2 Komen

Comments are closed.