Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 daripada kes 26 terus mencatatkan peningkatan apabila lima lagi individu positif dikesan daripada kes itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kelima-lima kes itu merupakan kontak rapat kepada kes 26.

“Adalah dimaklumkan bahawa terdapat lima (5) kes baharu (kes ke-51, kes ke-52, kes ke-53, kes ke-54, kes ke-55) jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini.

“Kes-kes ini merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dalam kluster tersebut,” demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Perdana Putra, hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Penyakit Coronavirus (COVID-19) Bilangan 2, hari ini.

Sehingga hari ini, sebanyak 26 kes positif Covid-19 dicatatkan berpunca daripada kes 26. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.