KUALA LUMPUR – Sekumpulan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka menarik balik kerjasama dengan dua ADUN Bersatu di negeri itu.

Kedua-dua ADUN berkenaan ialah ADUN Telok Mas, Mohd. Noor Effendi Ahmad dan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohidden.

Namun sekumpulan 13 ADUN BN itu masih bergabung dengan dua lagi ADUN iaitu ADUN Rembia, Datuk Jailani Khamis dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Jailani merupakan wakil rakyat PKR manakala Norhizam dari DAP.

Pengerusi Barisan Nasional Melaka, Datuk Seri Ab. Raof Jusof yang mengesahkan perkara itu namun menegaskan kekurangan dua wakil rakyat itu tidak menghalang pihaknya mendapat majoriti untuk mengadap Yang Dipertua Melaka, Tun Khalil Yaakob untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu.

“Saya sahkan 13 ADUN BN bersama dengan ADUN Rembia dan ADUN Pengkalan Batu bentuk gabungan baharu dengan SD (akuan bersumpah) untuk dipersembahkan kepada TYT dalam kadar segera.

“Ia tidak menjejaskan kerjasama dengan semangat Perikatan Nasional dan gabungan 15 ADUN ini,” ujarnya dalam sidang media di Melaka hari ini.

Langkah itu susulan tindakan kedua-dua ADUN berkenaan yang mengetepikan peranan 13 ADUN BN dalam usaha membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Sebelum itu, pada 2 Mac lalu, gabungan BN turut disertai oleh Mohd. Noor Effendi dan Mohd. Rafiq membentuk kerjasama seramai 17 ADUN kesemuanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan PH Melaka tumbang, Norhizam sertai kerajaan baharu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast