Kelab Ligue 2 Perancis, Nancy dalam proses rundingan untuk diambil alih oleh Pemilik Manchester City.

PARIS – Kumpulan Bola Sepak Manchester City dijangka akan terus mengukuhkan pengaruhnya di pentas bola sepak Eropah apabila sedang berusaha membeli kelab baharu Perancis.

Dalam perkembangan terbaharu, Pemilik kelab Manchester City itu dikatakan sedang dalam perbincangan lanjutan untuk mengambil alih kelab Liga 2 Nancy.

Laporan mendakwa rundingan ke arah usaha itu berterusan sejak beberapa bulan yang lalu.

Logo Rasmi kelab Bola Sepak Perancis AS Nancy yang bakal diambil alih oleh pemilik Manchester City.

Bola sepak Perancis mendakwa, kelab Manchester yang dibiayai Abu Dhabi sedang dalam perbincangan positif dan sudah mengaturkan strateginya secara tetap.

Ia akan memastikan presiden kelab berkenaan Jacques Rousselot terus kekal di posisinya untuk dua musim akan datang.

Nancy kini menduduki tangga ke 14 dalam Ligue 2 Perancis ketika ini.

Sebelum ini Man City digantung dua tahun selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) mendapati kelab England itu bersalah melanggar peraturan kewangan keadilan (FFP) dan didenda 25 juta pound.

Kini kelab itu telah melantik seorang peguam popular yang pernah mengendalikan kes Brexit England dan telah mengemukakan permohonan mencabar keputusan itu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast