Poster yang diusung semasa Himpunan Demokrasi Mati di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 FEBERUARI 2020

HASHTAG atau tanda pagar #notmypm yang sedang galak disebarkan di media sosial berpotensi menyebabkan kebencian kepada kerajaan yang yang telah ditubuhkan dengan sah dan melalui prinsip raja berperlembagaan yang dizahirkan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan Perdana Menteri telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui peraturan Perlembagaan yang sah. Maka apa juga bentuk penafian atau tanda pagar di media sosial seumpama #notmypm adalah tidak menghormati Perlembagaan.

Perlembagaan, sebagai undang-undang tertinggi negara hendaklah ditaati oleh setiap warganegara. Bahkan negara luar juga tiada hak untuk campur tangan dalam hal ehwal negara kita. Ini adalah isu kedaulatan negara.

Pelantikan Perdana Menteri adalah hal berkaitan peranan raja berperlembagaan yang jelas dimasyhur dalam Perlembagaan Persekutuan. Sifat atau ciri raja berperlembagaan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan tidak patut dipersoalkan, apatah lagi apabila peranan tersebut telah dilaksanakan dengan bijaksana, penuh dengan hikmah, berhati-dan teliti oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini seiring dengan amalan demokrasi berperlimen. Raja berperlembagaan menghormati demokrasi dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah memulangkan sistem demokrasi dalam masa yang munasabah dan sesuai setelah baginda berjaya menyelesaikan kemelut politik yang dihasilkan oleh sistem demokrasi itu sendiri .

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa kata demokrasi mati?

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, hashtag yang berunsur mencabar dan mempersoalkan peranan yang telah dimainkan secara berhemah, beradab dan bijaksana oleh raja berperlembagaan adalah amat memalukan.

Ia bukan setakat memalukan individu atau kumpulan terbabit, tetapi ia juga memalukan negara. Ia menampilkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak mendokong prinsip taat setia kepada raja. Seterusnya ia juga menjadi bukti kepada sikap kurangnya jati diri sebagai warganegara. Justeru, hentikan hashtag yang tidak bertanggungjawab dan mencabar sistem raja berperlembagaan di negara kita ini.

Dr Shamrahayu A. Aziz adalah pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

3 Komen

  1. suroh dia baca kontrak sosil. kalau tidak suka negara ini boleh…… boleh belah kenegara yang dia suka. segelintir masyarakat serupa ini harus malah wajib dipotonh kerakyataan mereka itu yang sebaik baiknya. cuba dia pergi kenegara lain diIndonesia contohnya dapat ke dia buat sesuka hati. jawabnya kepenjaralah dudoknya. diMalaysia hidup sudah berapa senang masih tak berpuas hati lagi. nyah ko masyarakat yang sebagini

  2. Tp yg sedihnya melayu2 BeliAU xsedar sedar lg, setelah 21 bln ph merintah segala bahana terjadi…. agama Islam dihina, nabi dihina، melayu pendatang, jalur gemilang diterbalikkan, abu chi pin wat balik Malaysia dan segala bahana lg terjadi, xada akal ke BeliaU BeliaU ni…. Na’uzubillahi min Zalik

Comments are closed.