Asyraf Wajdi Dasuki

KUALA LUMPUR – Pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) dan TH Plantation Berhad (THP) didesak supaya segera membekukan program rasionalisasi aset THP.

Ini membabitkan penjualan 76,957 hektar tanah atau 76.2% daripada keseluruhan tanah perladangan berjumlah 101,019 hektar.

Artikel berkaitan:

TH Plantations jual dua syarikat pada harga RM170 juta

Mujahid, letak jawatan jika tak boleh selesai isu penjualan anak syarikat TH

Takkan nak biar harta umat Islam dijual secara lambak?

Bukan ajak berdebat, hanya dialog secara ilmiah – Asyraf

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki meminta TH dan THP tidak terburu-buru melengkapkan penjualan yang telah diluluskan oleh bekas Menteri Agama Kerajaan Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

“Hormati kerajaan baru yang dilantik,” katanya dalam hantaran di Facebooknya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Yang nak beli tu kalau baca berita2 yg merata ni, pikir2 lah nak terus kn ke tidak..

Comments are closed.