Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof didakwa cuba lepas tangan apabila mengatakan tiada campur tangan politik dalam penjualan aset Tabung Haji Plantations (THP).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dengan penjualan itu sedangkan Tabung Haji (TH) telah meluluskan 76.2 peratus penjualan tanah ladang milik THP.

“Menteri Haji (Mujahid) akhirnya bersuara! Senang je dia cuba lepaskan tangan. Dia kata dia tak terlibat. Kerajaan PH pun tak terlibat.

“Menteri Haji kata dia tak terlibat dan tidak perlu mengambil tahu. Jumlah keluasan tanah ladang milik THP akan turun dari 101,000 hektar ke 24,000 hektar pada masa harga sawit memulih.

“Dia juga tak kata dia akan halang penjualan ini kerana ianya terpulang kepada THP. Menteri yang kononnya jaga TH tidak perlu ambil tahu hal ehwal dan urusan TH pada masa harta dan tanah umat Islam dijual secara lambak…Bagus…,” katanya Najib dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, Mujahid dalam satu kenyataan hari ini berkata pengurusan THP diberi kepercayaan penuh dalam menjalankan jual beli aset miliknya.

Mujahid merujuk penjualan ladang kelapa sawit milik THP kepada Tamaco Plantations Sdn Bhd pada harga RM170 juta, yang dibangkitkan beberapa pihak, termasuk Najib dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Semalam, Asyraf dalam sidang media mendesak Mujahid agar menyatakan pendirian dan mengambil tanggungjawab terhadap penjualan aset THP tersebut, yang dilaporkan melibatkan 6,513.80 hektar ladang kelapa sawit di Bintulu dan Sibu, Sarawak.

Menurut Asyraf, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis berhubung penjualan itu, terutama berkenaan dakwaan pihak yang terlibat menukar jurunilai menyebabkan nilai hartanah itu menyusut daripada RM380 juta kepada RM170 juta. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiada campur tangan politik dalam urusan jual beli THP – Mujahid

1 Komen

  1. menteri dijabatan perdana menteri bagi hal ehwal agama itu lebih mirip kepada yahudi bukan islam sebab itu kalau boleh dia nak musnahkan islam mengikut lebih tepat dicocok hidong oleh dap

Comments are closed.