SKMM
SKMM gesa orang ramai manfaatkan Jendela Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal.

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang kes Covid-19 dalam kalangan kakitangan atau pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini.

SKMM menerusi satu kenyataan menjelaskan bahawa penutupan ibu pejabatnya dan bangunan lama di Cyberjaya pada hari ini dan esok bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan sanitasi yang dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebelum ini, suruhanjaya berkenaan memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di ibu pejabatnya juga akan digantung buat sementara waktu bermula semalam sehingga Ahad ini.

Jelas SKMM, tindakan penutupan dan penggantungan sementara berkenaan diambil sebagai langkah proaktif ekoran penularan Covid-19 dan ia mencerminkan keprihatinan suruhanjaya itu terhadap keselamatan serta kesihatan semua pihak.-MalaysiaGazette