KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat menunda pemulangan wang berjumlah AS$240 juta yang didakwa diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata dua sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara tersebut dengan salah seorang menyatakan ia dilakukan kerana ketidaktentuan politik.
Malaysia dilanda kemelut politik selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 24 Februari lalu.
Beliau digantikan oleh Tan Sri Muhyiddun Yassin pada Ahad lalu, yang mana perikatan diterajuinya merangkumi anggota bekas parti memerintah terdahulu yang kalah pada Pilihan Raya Umum 2018 ketika tuduhan rasuah 1MDB berlaku.
DoJ berkata, lebih AS$4.5 bilion dicuri daripada dana di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini berhadapan dengan tuduhan rasuah.
Pada awalnya, DoJ dijadual melakukan pembayaran kepada Malaysia pada 19 Februari lalu, bagaimanapun atas alasan teknikal pemindahan wang tidak berlaku, kata dua orang sumber seperi dipetik Reuters.
Dana yang dipulangkan itu dimasukkan ke dalam sebuah dana khas di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan ia akan digunakan untuk membayar pemegang bon 1MDB.
Tiga unit Goldman mengatu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.
Pada minggu ini, Najib memberitahu Reuters bahawa suasana perbiacaran akan lebih kondusif untuk perbicaraan yang adil apabila Dr. Mahathir meletak jawatan.