Penulan wabak COVID-19 memaksa hampir 300 juta murid dan pelajar di seluruh dunia tidak dapat ke sekolah, kata Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

PARIS – Penulan wabak COVID-19 memaksa hampir 300 juta murid dan pelajar di seluruh dunia tidak dapat ke sekolah, kata Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Khamis.

Memandangkan sebanyak 13 negara menutup semua sekolah yang memberi kesan kepada kira-kira 300 juta murid serta pelajar, UNESCO  mengesyorkan program pendidikan jarak jauh diperkenalkan dalam usaha untuk tidak menganggu pembelajaran, lapor agensi berita Xinhua.

Sembilan lagi negara menutup beberapa buah sekolah dan jika negara ini memutuskan untuk menutup semua sekolah, tambahan sebanyak 180 juta murid dan pelajar tidak dapat ke sekolah.

“Jika situasi ini berterusan ia boleh menggugat hak untuk mendapatkan pendidikan,” kata Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay .

“Kami sedang bekerjasama dengan beberapa negara untuk memastikan kesinambungan pembelajaran untuk semua, terutamanya murid dan pelajar yang kurang bernasib baik,” katanya.

UNESCO bersedia untuk memberi bantuan dan sokongan kepada negara yang terjejas termasuk penyediaan program pendidikan jarak jauh.

Sehubungan itu, UNESCO akan mengadakan satu mesyuarat tergempar dengan menteri-menteri pendidikan pada 10 Mac.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast